Wednesday, 3 August 2016

KARIPAP PUSING KAK JAH

KARIPAP PUSING 
(KAK JAH)
Assalamualaikum,,

Hari ini saya nak kongsikan resepi karipap pusing Kak Jah yang sangat sedap! Bukan sahaja intinya yang enak malahan pastrynya juga sedak, enak dan rapuh. Pastrynya juga mudah untuk klim dan bila sejuk pun ia masih rapuh lagi.





 Bahan-bahan
    ( A )
  •     3 cawan tepung gandung
  •          ½ cawan margerin
  •     1 sudu teh garam
  •      ½ cawan – ¾ cawan air sejuk (peti ais)

    ( B )
  •     1½ cawan tepung gandung
  •     ½ cawan margerin

Peralatan
  •     Mangkuk
  •     Cawan
  •     Sudu teh
  •     Pisau

Kaedah
Masukkan doh A kecuali air ke dalam mangkuk. Gaul dan ramas sehingga jadi serbuk. Selepas itu, tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh lembut dan licin. Bahagikan kepada empat bahagian. Manakala masukkan doh B ke dalam mangkuk berasingan dan uli sehingga menjadi doh licin. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Selepas itu, bulatkan kedua-dua jenis doh. Canaikan doh A dan isikan dengan bebola doh  B dan gulung kemas. Canai sekali lagi (doh menjadi panjang). Gulung sekali lagi kea rah bujur agar gulungan menjadi pendek. Potong guna pisau yang bermata bergaji setebal 1 cm. Canaikan dan terbalikkan. Isikan inti secukupnya. Akhirnya kelim karipap seperti biasa. Masukkan ke dalam freezon. 

" Rasa sekali pasti nak lagi"
Sekian.



PENANAMAN NANAS

PENANAMAN NANAS
1.BOTANI TANAMAN



 Nama Biasa  

Nama Botani



Nanas


Ananas  comosus
Keluarga
Bromeliaceae







   2. PENYEDIAAN BAHAN TANAMAN

2.1 Kadar Per Hektar
  •  Sebanyak 35 800 sulur nanas Moris digunakan untuk sehektar.

2.2 Rawatan Bahan Tanaman
  •      sebelum ditanam, sulur nanas Moris dirawat dengan mencelup hujung sulur menggunakan racun kulat (Benocide 50wp) dan racun serangga (Albarol). Kedua-kedua racun bertujuan untuk mengelakkan sulur nanas diserang oleh kulat dan serangga. Namun, pengaplikasinya haruslah dilakukan dengan berhati-hati kerana pada dasarnya bahan tersebut merupakan racun dan berbahaya jika diberi secara berlebihan. Jesteru itu, kuantiti bahan tersebut haruslah mengikut label yang telah ditetapkan di botol atau di bungkusan. 
Aktiviti Rawatan Bahan Tanaman





3. SISTEM PENANAMAN


3.1 Penyediaan Lubang Tanaman
  •          Lubang tanaman disediakan menggunakan kayu tugal yang dibuat khas untuk membuat lubang.
  •     Kedalaman lubang mestilah diantara 10 – 15 cm.
  •     Jarak lubang tanaman haruslah 30 cm antara pokok dan 60 cm antara baris
        3.2  Jarak Tanaman dan Bilangan Pokok/ha


  •          Bergantung pada jenis kultivar yang ditanam.
  •          Jarak yang disyorkan bagi kultivar Moris ialah 120 cm × 60 cm × 30 cm.
        a.      Kaedah Penanaman

                                   
  • Bancuh racun kulat (Benocide 50wp) dengan kadar 500 g untuk 200 ml air, manakala untuk racun serangga (Albarol) ialah 24 liter untuk 18 ml air.
  • Celupkan sulur ke dalam campuran yang telah disediakan bagi mengawal serangan kulat dan     serangga pada sulur nanas.
  •  Buat lubang menggunakan kayu tugal sedalam 10 – 15 cm.
  • Tanam sulur dan pijak tanah di pangkal sulur untuk memadatkannya. Sebelum itu, pastikan pokok tidak ditanam terlalu cetek atau dalam.

Sekian sahaja perkongsian saya . Jumpa lagi


PENYEDIAAN MEDIUM TANAMAN




PENYEDIAAN MEDIUM TANAMAN



  1. Jenis penyediaan medium tanaman.
a)      JIP - John Inne’s Potting
b)     JIS  - John Inne’s Seedling

      2. Kadar nisbah untuk jenis medium tanaman.

                      JIP  =   7 : 3 : 2

                      JIS  =   2 : 1 : 1


      3. Kadar nisbah bagi JIP menunjukkan :
  
                     7Bahagian tanah
                     3 Bahagian bahan organan
                     2Bahagian pasir



LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN MEDIUM TANAMAN
  1. Sediakan alatan tangan dan bahan tanah , baja organan dan pasir untuk membuat campuran medium tanaman.
  2. Dengan menggunakan baldi, sukat bahan mengikut nisbah 7 : 3 : 2  iaitu 7 bahagian tanah, 3 bahagian bahan organan dan 2 bahagian pasir.
  3. Longgokkan bahan tersebut.
  4. Tapiskan bahan terlebih dahulu untuk mengasingkan ketulan batu.
  5. Gaulkan kesemua bahan tersebut sehingga sebati.

Peralatan Dan Bahan
v  Tanah peroi
v  Bahan organan
v  Pasir
v  Skop
v  Baldi (penyukat)
v  Ayak

CARA PELAKSANAAN TANAH CAMPURAN





























AKU SENGAJA PAKAIAN SELEKEH DAN KERETA BURUK BILA PERGI REUNION

           Pada cuti hujung minggu, seorang sahabat mengajak aku menemaninya ke bandar. Aku dengan rela hati untuk menemaninya lalu kami ke Bandar. Setelah selesai membeli barang yang dikehendaki, dia mengajak aku mengikutnya ke majlis reunion rakan sekolahnya. Sudah tentu nak atau tidak aku terpaksa ikut walaupun  aku rasa keberatan kerana aku tidak mengenali sesiapa di situ. Kebetulan pulak aku berpakaian agak selekeh. Namun dia tetap mendesak aku mengikutnya, membuatkan aku tiada pilihan kerana aku menumpang keretanya. Dia berjanji, perjumpaan itu hanya sekejap sahaja.

Di Restoran berhawa dingin yang mewah itu, beberapa sahabat lamanya sudah sampai dan berbual-bual di dalam kelompok-kelompok kecil. Di luar Restoran tersebut, terdapat deretan kereta-kereta mewah. Dia masuk berjumpa dengan sahabat lamanya dan bertegur sapa. Mereka sudah lama tidak berjumpa atau bertegur sapa secara bersemuka sudah berpuluh tahun.

Aku pula turut bersalam- salaman dan diperkenalkan sebagai anak saudaranya. Aku hanya menjadi pemerhati di majlis itu sambil menghabiskan makanan yang terhidang. Aku dapat perhatikan sahabat-sahabat satu sekolah ini terbahagi kepada pelbagai kelompak. Ada kelompok businessman, guru, dan kakitangan kerajaan. Sahabat aku disambut hambar oleh sahabatnya yang berstatus, mereka sekadar berjabat salam dan berbual bertanya khabar diri, kerja, keluarga dan kereta yang dipakai. Soalan itulah yang ditanya oleh rata-rata mereka di majlis tersebut.

“ woi  kau pakai kereta apa sekarang ? “

Aku yang mendengar turut terasa terkejut. Ini perjumpaan sahabat sekolah atau perjumpaan menunjukan kereta ? lebih-lebih lagi apabila ada sahabatnya yang terang-terang bercerita mengenai perniagaannya yang besar, berkahwin dua, mempunyai tanah yang banyak, pelbagai kereta mewah dan sering melancong ke luar Negara. Sahabat aku hanya banyak tersenyum dan menganggukkan kepala.

Satu jam setengah berlalu, sahabat aku mengajak aku pulang. Kebanyakan hanya bersalam dan kemudian terus berpaling berbual dengan sahabat yang lain, tidak mengendahkan sahabat aku lagi. Hanya ada dua orang sahabatnya sahaja yang mengekori sehingga kereta.

Di dalam kereta, aku bertanya pada sahabat aku itu, kenapa dia tidak berpakaian cantik dan membawa kereta mewahnya? Sedangkan dia mempunyai pelbagai kereta seperti BMW, Hilux, Honda dan beberapa buah lagi kereta mewah yang lain. Tetapi Proton Saga yang  sudah lama ini jugak dia bawanya.

Sahabat aku berkata “ memang sengaja, dia nak melihat perangai sebenar sahabat – sahabat dia yang dahulu makan sepinggan dan susah senang bersama. Jadi akhirnya dia tahu dia sebenarnya hanya ada dua sahabat yang menganggap dia sahabat karib mereka. Sahabat tanpa syarat.” Katanya.

Aku diam dan termenung sendiri. Aku sedar bahawa rumah Cuma tempat berteduh, kereta Cuma alat pengangkutan, pakaian Cuma alas diri. Kita mampu memiliki dan mengganti kesemuanya itu bila – bila masa bergantung kepada kemampuan dan pilihan yang ada di tangan kita. Harta yang dikumpul dalam hidup telah memisahkan banyak PERSAHABATAN. Namun jika hati masih ikhlas bersahabat tanpa syarat, InsyaAllah persahabatan akan kekal sehingga ke hujung nyawa.