Pada cuti hujung minggu, seorang sahabat mengajak aku menemaninya
ke bandar. Aku dengan rela hati untuk menemaninya lalu kami ke Bandar. Setelah
selesai membeli barang yang dikehendaki, dia mengajak aku mengikutnya ke majlis
reunion rakan sekolahnya. Sudah tentu nak atau tidak aku terpaksa ikut
walaupun aku rasa keberatan kerana aku
tidak mengenali sesiapa di situ. Kebetulan pulak aku berpakaian agak selekeh.
Namun dia tetap mendesak aku mengikutnya, membuatkan aku tiada pilihan kerana
aku menumpang keretanya. Dia berjanji, perjumpaan itu hanya sekejap sahaja.
Di Restoran berhawa dingin yang mewah itu, beberapa sahabat lamanya
sudah sampai dan berbual-bual di dalam kelompok-kelompok kecil. Di luar
Restoran tersebut, terdapat deretan kereta-kereta mewah. Dia masuk berjumpa
dengan sahabat lamanya dan bertegur sapa. Mereka sudah lama tidak berjumpa atau
bertegur sapa secara bersemuka sudah berpuluh tahun.
Aku pula turut bersalam- salaman dan diperkenalkan sebagai anak
saudaranya. Aku hanya menjadi pemerhati di majlis itu sambil menghabiskan
makanan yang terhidang. Aku dapat perhatikan sahabat-sahabat satu sekolah ini
terbahagi kepada pelbagai kelompak. Ada kelompok businessman, guru, dan kakitangan
kerajaan. Sahabat aku disambut hambar oleh sahabatnya yang berstatus, mereka
sekadar berjabat salam dan berbual bertanya khabar diri, kerja, keluarga dan
kereta yang dipakai. Soalan itulah yang ditanya oleh rata-rata mereka di majlis
tersebut.
“ woi kau pakai kereta apa
sekarang ? “
Aku yang mendengar turut terasa terkejut. Ini perjumpaan sahabat sekolah
atau perjumpaan menunjukan kereta ? lebih-lebih lagi apabila ada sahabatnya
yang terang-terang bercerita mengenai perniagaannya yang besar, berkahwin dua,
mempunyai tanah yang banyak, pelbagai kereta mewah dan sering melancong ke luar
Negara. Sahabat aku hanya banyak tersenyum dan menganggukkan kepala.
Satu jam setengah berlalu, sahabat aku mengajak aku pulang. Kebanyakan
hanya bersalam dan kemudian terus berpaling berbual dengan sahabat yang lain,
tidak mengendahkan sahabat aku lagi. Hanya ada dua orang sahabatnya sahaja yang
mengekori sehingga kereta.
Di dalam kereta, aku bertanya pada sahabat aku itu, kenapa dia tidak
berpakaian cantik dan membawa kereta mewahnya? Sedangkan dia mempunyai pelbagai
kereta seperti BMW, Hilux, Honda dan beberapa buah lagi kereta mewah yang lain.
Tetapi Proton Saga yang sudah lama ini
jugak dia bawanya.
Sahabat aku berkata “ memang sengaja, dia nak melihat perangai sebenar
sahabat – sahabat dia yang dahulu makan sepinggan dan susah senang bersama.
Jadi akhirnya dia tahu dia sebenarnya hanya ada dua sahabat yang menganggap dia
sahabat karib mereka. Sahabat tanpa syarat.” Katanya.
Aku diam dan termenung sendiri. Aku sedar bahawa rumah Cuma tempat
berteduh, kereta Cuma alat pengangkutan, pakaian Cuma alas diri. Kita mampu
memiliki dan mengganti kesemuanya itu bila – bila masa bergantung kepada
kemampuan dan pilihan yang ada di tangan kita. Harta yang dikumpul dalam hidup
telah memisahkan banyak PERSAHABATAN. Namun jika hati masih ikhlas bersahabat
tanpa syarat, InsyaAllah persahabatan akan kekal sehingga ke hujung nyawa.
No comments:
Post a Comment