Wednesday, 3 August 2016

PENANAMAN NANAS

PENANAMAN NANAS
1.BOTANI TANAMAN



 Nama Biasa  

Nama Botani



Nanas


Ananas  comosus
Keluarga
Bromeliaceae







   2. PENYEDIAAN BAHAN TANAMAN

2.1 Kadar Per Hektar
  •  Sebanyak 35 800 sulur nanas Moris digunakan untuk sehektar.

2.2 Rawatan Bahan Tanaman
  •      sebelum ditanam, sulur nanas Moris dirawat dengan mencelup hujung sulur menggunakan racun kulat (Benocide 50wp) dan racun serangga (Albarol). Kedua-kedua racun bertujuan untuk mengelakkan sulur nanas diserang oleh kulat dan serangga. Namun, pengaplikasinya haruslah dilakukan dengan berhati-hati kerana pada dasarnya bahan tersebut merupakan racun dan berbahaya jika diberi secara berlebihan. Jesteru itu, kuantiti bahan tersebut haruslah mengikut label yang telah ditetapkan di botol atau di bungkusan. 
Aktiviti Rawatan Bahan Tanaman





3. SISTEM PENANAMAN


3.1 Penyediaan Lubang Tanaman
  •          Lubang tanaman disediakan menggunakan kayu tugal yang dibuat khas untuk membuat lubang.
  •     Kedalaman lubang mestilah diantara 10 – 15 cm.
  •     Jarak lubang tanaman haruslah 30 cm antara pokok dan 60 cm antara baris
        3.2  Jarak Tanaman dan Bilangan Pokok/ha


  •          Bergantung pada jenis kultivar yang ditanam.
  •          Jarak yang disyorkan bagi kultivar Moris ialah 120 cm × 60 cm × 30 cm.
        a.      Kaedah Penanaman

                                   
  • Bancuh racun kulat (Benocide 50wp) dengan kadar 500 g untuk 200 ml air, manakala untuk racun serangga (Albarol) ialah 24 liter untuk 18 ml air.
  • Celupkan sulur ke dalam campuran yang telah disediakan bagi mengawal serangan kulat dan     serangga pada sulur nanas.
  •  Buat lubang menggunakan kayu tugal sedalam 10 – 15 cm.
  • Tanam sulur dan pijak tanah di pangkal sulur untuk memadatkannya. Sebelum itu, pastikan pokok tidak ditanam terlalu cetek atau dalam.

Sekian sahaja perkongsian saya . Jumpa lagi


1 comment: